Saturday, April 9, 2011

Resepi Turun-temurun

Kuih Kacau ( Kacang Hijau)
Bahan2
1 mangkuk gula
1 mangkuk tepung kacang hijau
1 mangkuk telur
1 1/2 mangkuk santan
3 helai daun pandan

Cara Membuatnya
1    Masukkan gula dan telur,kacau sebati.
2    Masukkan pula tepung kacang hijau,kacau adunan hingga sebati
3    Akhir sekali masukkan santan, kacau lagi dan jerang adunan atas api perlahan.
4    Adunan ini mesti dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat.(anggaran 1 1/2 jam-2 jam)
5    Angkat periuk dari dapur dan kacau lagi adunan ini 5-10 minit.

P/S Hidangan ini lebih kurang macam sekaya tetapi lebih pekat dan jika dibiarkan lebih dari sehari kuih ini akan bersakar. Kacang hijau boleh diganti dengan keledek,labu,kentang atau jagung.
kebiasaannya kuih ini hanya dibuat semasa Hari Raya dan juga sebagai hantaran pertunangan.
Kuih Kacau ini hanya popular di Bagan Datoh itupun hanya segelintir sahaja yang mahir membuatnya terutama dikampungku.  Alhamdulilah kerana kak long ku masih tidak ktinggalan membuat kuih kacau ini setiap kali lebaran.

Thursday, April 7, 2011

Malaysia Ku

Entah apa yang nak digambarkan dewasa ini mengenai tanah tempat tumpah darahku ini..Saban hari ada sahaja perkara-perkara yang dirasakan sungguh aib dan menjijikkan disajikan oleh pihak pemerintah melalui media-media elektronik dan akhbar kepada sekelian rakyatnya . Entah dasar apa,konsep apa mahupun apa-apa bentuk pemikiran ala-ala libarel para pemimpin masa kini semuanya nampak seperti menuang minyak tanah pada kertas...bukan ingin mencorak kain putih tetapi untuk membakar hangus jadi debu rakyat khususnya golongan kanak-kanak juga para remaja yang begitu amat terkesan.
Apakah ini ciri pemimpin masa akan datang yang pihak pemerintah akan hasilkan khususnya melalui program permata negara? Apa bentuk pengisiannya, apakah modul yang diguna pakai,apakah senario sekeliling anak-anak permata sepanjang tempoh maniti dewasa mereka?  Bukankah hari-hari mereka diulam dengan cerita-cerita aib, liwat,pelacuran, kemarahan dan cacian rakyat kepada peminpin,apalagi program-program hiburan AF,Mentor ,Raja lawak yang merupakan pilihan utama siaran TV anak-anak permata kita ini. Dapat kiita bayangkan apa ciri-ciri pemimpin asuhan permata ini nanti.?