Sunday, August 7, 2011

Job Rotation

Beberapa minggu ini heboh rakan-rakan guru di sekolah ku dengan senario 'Job Rotation'. Apa dia 'Job rotation' ni...selama ini yang biasa saya dengar senario ini di amalkan oleh kakitangan bank kalau tidak silap saya dalam beberapa tahun lepas,tujuaannya untuk menghindarkan amalan rasuah diantara kakitangan bank dan pelanggannya, itu pun hanya bank tertentu sahaja iaitu BSN.
Eroninya senario itu wujud pula dalam sistem pendidikan akhir-akhir ini, Guru-guru yang berkhidmat di sesebuah sekolah melebihi 10 tahun akan ditukarkan kesekolah lain tidk melebihi 25km jarknya dari rumah.  Tujuan tidak dapat dipastikan kerana setahu saya masih tiada pekeliling yang diedar kepada warga guru saya setakat ini. Apapun saya berpendapat tujuannya mungkin atas faktor 'zon selesa' kerana sedia maklum guru-guru yang sudah melebehi 10 tahun ini mungkin telah 'kebal 'dengan persekitaran sekolah. Apa yang saya maksudkan ialah segelintir guru-guru ini  sudah kurang motivasi untuk bersaing,telah bias atau rejan dengan tugasan dan arahan ,adakalanya tidak mengambil endah sebarang aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan bermacam lagi kerenah lah.  Sesuatu yang paling selesa sekali mungkin masa mengajar dan kelas yang diajar pun boleh dirunding,contohnya kalau saya nak mengajar  kelas A, tak nak kelas itu,saya nak ajar subjek ini...semua boleh dirunding. Saya rasa ini budaya biasalah mana-mana tempat  atau jabatan, saya tak merasakan ini sebagai zon selesa, saya pakai lah pepatah lama...'.kelapa tua banyak santannya', maksudnya guru-guru yang sudah lama ini sudah menimba banyak pengalaman,sudah melalui rintangan dan cabaran,sudah berkorban menaikkaan dan mengharumkan nama sekolah.
Sepanjang saya berkhidmat sebagai pendidik hampir 20 tahun di negeri orang, di sekolah pertama hampir 8 tahun setiap tahun saya memohon bertukar tetapi jawapan mendukacitakan sehinggalah saya menerima tawaran belajar dan setelah tamat dan dihantar ke sebuah sekolah di Hulu Selangor.  Saya pernah menghubungi pegawai JPN bertnya kenapa saya tidak ditempatkan ke sekolah yang hampir dengan rumah saya,alasan yang diberi opsyen saya tidak diajar di sekolah tersebut.  Jarak rumah ke sekolah baru sejauh 25km,dan tidak pula saya mengajar subjek yang memang opsyen saya. Lima tahun di sekolah itu 4 kali saya mohon tukar barulah berjaya,sehingga pernah saya menangis sewaktu memohon tandatangan pengetua. Akhirnya apabila menerima perkhabaran pertukaran perasaan saya begitu sayu dan sangat sedih serta terharu,bukan kerana gembira tetapi rasa kehilangan. Kalau dikutkan hati dan perasaan mahu sahaja menolak tawarn itu apatah lagi dengan pujukan pengetua sendiri agar tidak berpindah.
Di sekolah baru yang serba baru ,seawal penggal pertama senario terlebih guru pula di sekolah dan pegawai PPD turun ke sekolah bertemu guru-guru yng telah disaring nama untuk di pindahkan,saya pada masa itu menawarkan diri untuk balik ke sekolah lama tetapi ditolak.  Akhirnya 2 orang guru terkorban dan dipaksa rela untuk berpindah selang setahun berikutnya guru tadi berjaya memohon balik ke sekolah. Saya agak terkilan bila mengingtkn peristiwa ini, yang mana seorng dari guru yang dipaksa tukar ini mengalami kemurungan dan tekanan perasaan sehingga mengambil keputusan berpindah ke utara tanahair. Setahun berikutnya beliau meninggal dunia dalam usia 45 tahun kerana menghidap tiroid.

Berbalik kepada senario job rotation ini...tidak sampai tahun ke-tiga didaerh kelahiranku ini aku telah menerima panggilan telefon dri pegawai PPD yang memujuk supaya menerima tawaran bertukar ke sebuah sekolah SMJK(C) di bandar ini yang hampir benar dengan rumah saya.  Jawapan pantas saya menolak untuk menerima ke sekolah itu,pada hemat saya tawaran adalah terbatal,  rupanya saya ditukarkan ke sekolah yang lebih jauh jaraknya atas alasan saya menggntikan guru dari sekolah berkenaan yang yang ditukarkan ke SMJK(C),kerana saya menolaknya. Apa daya saya ....dalam terpaksa tetap rela menerima arahan,saya yang menurut perintah.

No comments:

Post a Comment