Monday, January 31, 2011

Nostalgia 1

Ku ingin paparkan buat tatapan anak-anakku...
Entah hari mana, bila minggunya,entah genap atau ganjil bulannya...ku mulakan nostalgia seawal usiaku 3 tahun.
Ku di bawa ke daerah terpencil ini oleh ibu dan ayah yang termakan pujuk adik ipar ayahku kononnya meneroka tanah baru. Meneroka hutan belukar..membina pondok untuk tempat berteduh,bersawah itulah aktiviti  yang 2 orang kakakku turut serta,mereka tidak meneruskan persekolahan kerana kemiskinan. Kasihan mereka..berkorban untuk menjadikan aku seorang insan..
Anak-anakku bertuahlah kamu kerana lahir dalam kesempurnaan...
Pondok yang dibina ayah bertiangkan nibong,beratapkan nipah berdinding kajang,berlantaikan batang pinang, layaknya bergelar pondokkan atau gubuk bahasa orang jawa.

Kajang Pak Malau kajang Berlipat
kajang hamba mengkuang lalu
dagang pak malau dagang bertempat
Dagang hamba terbiar lalu...

Ungkapan di atas amat senonim dengan apa yang keluargaku lalui ketika itu. Apapun sampai saat ini masih terbayang diruang mata suasana hening dan syahdunya alam ketika remang senja itu,berlatarbelakangkan belukar,anak sungai ...tunggul-tunggul kayu.,unggas..alangkah indahnya. Menyusuri denai kecil aku juga malalui zaman kanak-kanakku bersama teman sepermainan Komari saudara dua pupuku dan anak perempuan Wak Suri,entah apa namanya aku pun dah lupa.
Ibuku mahir membuat atap nipah dan kajang dan tikar mengkuang,sayangnya kemahiran ini tidak diwarisi olehku. Hanya kak long yang mewarisi kemahiran mengayam tikar.
Kajang adalah kepingan yang diperbuat dari susunan dua atau 3 lapis daun nipah yang disambungkan dan disemat menggunakan tali bemban.  Saiznya  munkin ada yng melebihi 4 depa(ukuran orang tuaku dahulu),dijemur kering dan bolehlah dilekatkan sebagai dinding...kajang ini juga dijadikan penutup tingkap pondokku.
Mengkuang merupakan tumbuhan seperti daun pandan tetapi saiznya lebar dan panjang,proses melayur,meraut,merendam dan mewarna antara kerja-kerja dalam penghasilan tikar mengkuang.
Pokok nipah tumbuh subur dikawasan paya dan pinggir sunga,daunnya seperti daun kelapa tetapi lebar,selain dibuat atap pucuk muda disayat dan dijemur untuk dijadikan daun rokok.  Orang tuaku menghisap rokok menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah ini. Buah nipah sedap dimakan ,niranya juga penawar penyakit. Wallahualam.
Bemban adalah tumbuhan yang hidup ditempat teduh dan berair,berbatang sebesar ibu jari dan mempunyai kulit ari yang liat dan lentur, disayat menjadi penyemat untuk menyemat atap dan kajang.
Lirik lagu ini masih terngiang-ngiang ditelingaku...saat itu lagu ini meniti dibibirku walau tanpa kufahami liriknya..
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
aku nyanyi saja
tentu sedap makan
beri pada raja

Raja dalam rumah
buat kira-kira
curi dalam dapur
makan roti gula

Dayang tepi kolam
mahu jemur tepung
datang burung helang
pagut batang hidung..hidung...

lagu rakyat... nostalgiaku.