Monday, February 28, 2011

Bulan Bicara

bicara sang bulan....
malam ini kenapa tiada bintang
angin pun tidak menyapa..
pungguk juga tidak merayu..

......rupanya bulan juga merindu
pada bintang yang selalu mencuri kemilaunya
pada sepoi angin membelai
pada suara rayuan si pungguk

Sunday, February 13, 2011

Penglipur lara

Zaman kanak-kanakku memang penuh warna -warni...dengan pelbagai pengalaman suka,duka,pahit,manis,payau dan bermacam lagi. Pendek kata bila diingat balik waktu-waktu yang ditinggalkan terlalu banyak memori yang tidak terungkapkan.. Akan ku coba coretkan satu-persatu bila memori datang bertandang ...ialah seusia ini ingatan pun semangkin memudar.
Tok Da gelaran yang kami panggil untuk bapa saudara tiri ibuku yang berasal dari Pulau Pangkor. Beliau sering juga berkunjung ke rumah datukku terutama jika ada majlis kenduri kahwin. Seingat aku ,pada zaman 70an ikatan kekaluargaan sangat erat,sehingga seluruh ahli berkumpul dua atau  tiga minggu sebelum majlis berlangsung.Bukan sahaja adik beradik malah sepupu,dua pupu,ipar-duai dan cekor jerangau  pun turut serta. Suasana yang sangat merriah dan sibuk sekali menjelang hari kenduri dengan masing bekerjasama membuat persiapan menyediakan kuih muih,kerisik, pelamin dan sebagainya.
Aku masih ingat sewaktu majlis perkahwinan Yop... sepatutnya aku memanggilnya pak long, adik tiri ibuku,meriah betul saat itu.  Seminggu sebelum majlis berlangsung,kami semua dah berkumpul di rumah datukku. Haah!..apa lagi Tok Da ni lah yang menceriakan hari -hari kami dengan pelbagai cerita dari kisah-kisah Gajah Patih Mada,Radin Galoh Cendera Kirana sehinggalah kisah pak pandir dan mak andih..lepas satu cerita ke satu cerita kami tidak jemu mendengarnya. Duduklah kami mengelilingi Tok Da untuk mendengar lipur laranya. Eroninya ...tiada sebarang buku yang dibawanya, tidak pasti Tok Da ini pandai membaca dan menulis.  Mungkin juga Tok Da pandai membaca dan menulis.
Begitu menarik gayanya berlipur lara..dengan gaya dan intonasi yang sangat mendekatkan kami dengan watak-watak dalam lipur laranya, walaupun sebenarnya Tok Da mengidap penyakit asma.
kali terakhir aku mendengar lipur laranya semasa majlis perkahwinan pak lang, selepas itu dia semangkin uzur dan tidak dapat menghiburkan kami lagi. Terima kasih  Tok Da, dan al-fatihah semoga rohnya aman dan damai di sana....

Hutang Budi di Bawa Mati...

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh kubayar
Hutang budi di bawa mati

Sampai kini aku tidak pasti adakah hutang  arwah ayahku kepada arwah pamanku  sudah langsai atau belum. Hal hutang ini pernah aku dengar tika waktu kanak-kanakku lagi.  Menurut arwah ibu ayah berhutang dengan pamanku sewaktu ayah bekerja di salai kelapa pamanku. Aku pun tak pasti, menurut ibu juga sebenarnya ayahku bekerja dengan paman tanpa menerima upah yang sepatutnya..kerana barang-barang yang diambil oleh ayah dari kedai paman ditolak dari upahnya...mungkin juga tiada apa yang tinggal dari baki upah ayah...wallahhualam.  Mungkin juga ayah meminjam dari paman bila ada keperluan yang mendesak...arwah ayah pun tidak memaklumkan kepada kami sejelas-jelasnya.
Sewaktu ayah meninggal dunia paman ada menziarahi tetapi tidak juga memberitahu keluargaku tentang hutang arwah ayahku ini.
Lama sesudah itu aku ditakdirkan berjumpa semula dengan keluarga pamanku ini, lama juga kami terputus hubungan...entah sekitar 15 tahun juga lah.  Semuanya ditakdirkan...aku dipertemukan dengan anak sulong pamanku ...sebenarnya beliau yang kupanggil kakang norbit semasa zaman kecilku merupakan orang yang sering memanjakan dan membawaku bersiar-siar. Memang aku menyanyanginya..sangat sayang sehingga aku tidur dipangkuannya sebelum keberangkatan nya ke England.  Hubungan kami terputus setelah dia melanjutkan pelajaran ke England sehinggalah satu hari dia singgah ke rumah keluargaku menjenguk kami. Sebenarnya selepas kang norbit sambung belajar keluarga ku berpindah balik ke kampung halaman kami. Kebetulan kang norbit bertunangan dengan gadis berhampiran kampungku,kerna itu dia singgah menjengok kami sekeluarga. Itulah kali terakhir kami bertemu sehinggalah kami bertemu semula setelah usiaku 21 tahun.
Pertemuan itu mengeratkan semula silaturrahim antara keluarga kami. Aku tetap menjadi  adikkesayangannya ..dia lah tempat aku mengadu suka dan duka,tempat aku menumpang manja,.memangnya kakang ini orangnya penyayang...
Aku juga telah banyak menyusahkannya...,tanpa dia aku tidak pasti samada aku dapat mencecapi kerjaya dan keluargaku sekarang Aku bersyukur kerana Allah telah mempertemukan aku dengannya pada waktu yang tepat . Sesungguhnya kehidupan kita penuh duri dan ranjau yang menyesak dan menyengat...kadangkala kita jatuh,bangun dan jatuh lagi,kekadang perlu ada jemari yang meminpin untuk tidak terus jatuh. Seseungguhnya melalui ranjau dan duri kehidupan ini yang membuat diri menjadi lebih matang...lebih tabah...lebih gigih meneruskan kehidupan. Subhanallah...sebenarnya aku dah melalui liku-liku kehidupan yang begitu tinggi harganya...
Hutangku padanya tidak terbalas...hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..sempena hari lahirnya ku doakan semoga dia diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,juga diberi hidayah dan petunjuk menjadi insan yang soleh..