Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan 1433 Hijrah

Hari ini sudah pun 15 hari umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Pantasnya waktu berlari....kurang lebih 2 minggu lagi kita akan merayakan  aidilfitri pula. dalam masa yang sama pelajar-pelajar ku sedang bertarung dengan pelbagai perasaan, takut, gentar,stress, dan macam-macam lagi kerana esok mereka mulai menduduki peperiksaan percubaan PMR.  Apa pun yang berlaku semalam, hari ini,esok lusa dan entah bila lagi jika Allah memberi rezeki usia lagi, hidup mesti diteruskan, perjuangan belum selesai,malah amal ibadah juga masih sehalus urat rambut. Mengharapkan yang terbaik untuk murid-muridku teruskan perjuangan...anda sudah mula melangkah teruskan langkahmu jangan undur walau setapak, mara dan teruskan dengan semangat waja.
Ramadhan kali ini juga adalah kali pertama anakda ku Idham berpusa berjauhan dari keluarga.jauh di Bukit Mertajam, semoga dia juga kuat dan tabah dalam menjalani ibadah puasa tahun ini. Begitu juga anakda puteri sulongku yang begitu tabah untuk mengharungi ramadhan entah kali ke berapa di rantau orang, dengan kebanyakan waktu iftarnya di masjid yang mana ibu sendiri tidak pernah mengalami pengalaman seumpama itu.
Pagi ini, dalam perjalanan ke tempat kerja, berkumandang lagu raya yang disiarkan di stesyen radio, sedih dan pilu rasa hati terkenang ibunda dan ayahda yg telah lama pergi menghadap Ilahi.  Hampir empat tahun aku telah menjadi yatim piatu..tiada lagi ayah dan ibu, tiada lagi kampung yang menggamitku pulang berhari raya.  Begitu juga di sebelah suamiku, kami telah tiada ibu dan ayah untuk dikucup dahi dan cium tangan dipagi hari raya. Kepada ayah bondaku,ayahbonda mertua, abang-abangku Saidi dan Shaharuddin yang telah kembali menemuiNya...semoga kalian diampunkan dosa dan mendapat tempat di jannah.
Ramadhan kali ini juga aku menyambut ulangtahun kelahiranku pada hari ketiga puasa, alhamdulilah Allah masih memberi kesempatan kepadaku untuk menjalani ibadah ramadhan kali ini. Syukur alhamdulilah dengan rahmat , rezeki dan kesihatan yang Allah kurniakan padaku...