Sunday, January 30, 2011

Selangkah mula....

Bismillahhirrahmanirrahim.....

1 comment:

  1. Entah hari apa...minggu yang mana,bulan berapa ..yang ku ingat kisah hidupku seawal usia menjejak tiga tahun,munkin..anak ke-11 daripada 13 orang adik beradik,lahir dalam keluarga yang miskin munkin sekarang ni diistilahkan daif atau miskin tegar. Menurut kisah ayah ,atas pujukan abang iparnya ayah bersetuju untuk berhijrah ke kg Tg.sari ini untuk meneroka tanah baru . Aku masih ingat lagi bagaimana orang tua ku bersama 2 orng kakakku bertungkus lumus mengusahakan bendang...tinggal dalam gubuk beratap nipah berdinding kajang bertiangkan nibong....seingatku jiran ayahku pada masa itu kami panggil wak suri.....nostalgia.. masih terbayang-bayang lagi dimata keadaan rumahku yang berlatarbelakangkan hutan belukar dan sungai di belakang rumah....menurut cerita kakakku panggilannya noni, suatu petang suasana gempar dalam gubuk buruk itu kerana aku didapati hilang...seluruh keluarga mencari dan aku ditemui sedang meniti titi yang menyeberangi sungai kecil di belakang gubuk ku.Bayangkan waktu itu umurku baru 3 tahun.. aku juga masih ingat sewaktu kawasan rumahku itu dinaiki air bah..pada waktu aku melihat rupa lintah bewarna merah dan panjang nya hampir 3 inci memanjat tangga rumah...eeiii gelinya.
    Nostalgia itu memang tidak mudah hilang dari ingatan, lagu ini juga terngiang-ngiang ditelinga,munkin saat itu aku sudah pandai melagukannya...

    Lagu tiga kupang
    Saku penuh padi
    Enam ekor burung
    Masuk dalam kuali

    Bila sudah masak ...burung nyanyi saja
    Tentu sedap makan beri pada raja..

    Raja dalam rumah..buat kira-kira
    Curi dalam dapur..makan roti gula

    layang tepi kolam..mahu jemur tepung
    datang burung hitam
    pagut batang hidung..hidung..hidung

    Aku pun tidak memahami dengan jelas lirik lagu ini sehingga kini. Apa yang pasti lirik lagu ini senonim dengan latar masa dan tempat ku dulu...

    ReplyDelete