Sunday, February 13, 2011

Penglipur lara

Zaman kanak-kanakku memang penuh warna -warni...dengan pelbagai pengalaman suka,duka,pahit,manis,payau dan bermacam lagi. Pendek kata bila diingat balik waktu-waktu yang ditinggalkan terlalu banyak memori yang tidak terungkapkan.. Akan ku coba coretkan satu-persatu bila memori datang bertandang ...ialah seusia ini ingatan pun semangkin memudar.
Tok Da gelaran yang kami panggil untuk bapa saudara tiri ibuku yang berasal dari Pulau Pangkor. Beliau sering juga berkunjung ke rumah datukku terutama jika ada majlis kenduri kahwin. Seingat aku ,pada zaman 70an ikatan kekaluargaan sangat erat,sehingga seluruh ahli berkumpul dua atau  tiga minggu sebelum majlis berlangsung.Bukan sahaja adik beradik malah sepupu,dua pupu,ipar-duai dan cekor jerangau  pun turut serta. Suasana yang sangat merriah dan sibuk sekali menjelang hari kenduri dengan masing bekerjasama membuat persiapan menyediakan kuih muih,kerisik, pelamin dan sebagainya.
Aku masih ingat sewaktu majlis perkahwinan Yop... sepatutnya aku memanggilnya pak long, adik tiri ibuku,meriah betul saat itu.  Seminggu sebelum majlis berlangsung,kami semua dah berkumpul di rumah datukku. Haah!..apa lagi Tok Da ni lah yang menceriakan hari -hari kami dengan pelbagai cerita dari kisah-kisah Gajah Patih Mada,Radin Galoh Cendera Kirana sehinggalah kisah pak pandir dan mak andih..lepas satu cerita ke satu cerita kami tidak jemu mendengarnya. Duduklah kami mengelilingi Tok Da untuk mendengar lipur laranya. Eroninya ...tiada sebarang buku yang dibawanya, tidak pasti Tok Da ini pandai membaca dan menulis.  Mungkin juga Tok Da pandai membaca dan menulis.
Begitu menarik gayanya berlipur lara..dengan gaya dan intonasi yang sangat mendekatkan kami dengan watak-watak dalam lipur laranya, walaupun sebenarnya Tok Da mengidap penyakit asma.
kali terakhir aku mendengar lipur laranya semasa majlis perkahwinan pak lang, selepas itu dia semangkin uzur dan tidak dapat menghiburkan kami lagi. Terima kasih  Tok Da, dan al-fatihah semoga rohnya aman dan damai di sana....

No comments:

Post a Comment